|
Friday, October 06, 2006
Kenangan Ramadhan...
Dah nak masuk dua minggu kita berpuasa. Dah besar-besar ni tak terasa sangat penat puasanya. Mungkin kecik-kecik dulu... ya! Ryana ingat lagi masa ryana kecik dulu. Start puasa umur 4 tahun. 5 tahun dah puasa penuh. Mak dgn abah ryana ajar anak2 dia puasa awal. Abang2 n kakak2 ryana dulu pun macam tu. Bila dah masuk darjah satu, dah tak ada masalah puasa. Masa 4 tahun tu, ryana dah start puasa separuh hari. Memang tak penuh puasa waktu tu. Waktu mak bagi buka puasa waktu siang tu, meloncat2 suka! Yelah... sebab boleh makan tunjuk depan abang2 ryana yg puasa tu. Tapi sebelum bukak puasa tu, mak dah pesan. Kalau dah bukak puasa sekarang, waktu orang lain berbuka nanti... tak leh join sekali! Kena duduk asing. Tapi... disebabkan degil dan memang tak tahan... nekad berbuka juga. Yang tak bestnya, bila time orang lain bukak puasa... ryana pun kena duduk kat ruang tamu sorang2. Sedihnya! :( Memang tak best tul. Sejak hari tu, ryana nekad nak puasa penuh sebab... boleh berbuka sama2 dgn keluarga yg lain. Rupanya bagus juga orang dulu2 praktikkan macam ni. Nikmat waktu berbuka tu memang terasa. Tapi sekarang ni, Ryana perhatikan... orang dah tak praktikkan macam tu lagi. Orang lebih manjakan anak2. Anak2 abang n kakak ryana pun sama. Kita berbuka, dia orang pun boleh berbuka sama. Dia orang tak rasa sesuatu kenikmatan apabila berbuka. Letih sikit, dah sibuk2 nak berbuka puasa. Tak ada daya tahan langsung. Dan bila dah kerja ni... lagi mcm2 perangai orang yg dapat ryana lihat. Ada yg lelaki akil baligh, tak puasa. Memalukan aja... Macam manalah agaknya, orang kita berpuasa dua tiga thn akan datang, kalau generasi yg hari ini pun tak puasa? Salam Ramadhan buat semua! ;) Thursday, September 21, 2006
Selamat Datang Ramadhan!
Riana ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua rakan-rakan yang mengenali atau jua yang tidak mengenali diri ini! Semoga cahaya Ramadhan akan memberikan sinar dalam kehidupan kita semua! Semoga Ramadhan ini menghadirkan cinta kita KEPADA YG ESA! Selamat berpuasa semua! (*Credit buat www.tokeikedai.net.my utk imej di atas!) Sunday, July 30, 2006
Hadirnya Cinta...
Hadirnya Cinta... Novel pertama dan akan berada di pasaran pada pertengahan Ogos ini. Terima kasih yg tidak terhingga pada pihak penerbit iaitu CESB dan kepada editor yang bertungkus-lumus menyiapkan penghasilan novel ini. Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.cesb.net.my Ryana tak sabar dan teruja dengan novel sulung ryana ini. Terimalah Hadirnya Cinta... dari Ryana.
Wednesday, July 12, 2006
Harapan-Fazli Zainal
Harapan Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Sunday, July 09, 2006
Mimpi indah...
Kamar hatiku kosong dan sepi... Hari-hari pergi kerja, balik kerja mcm biasa. Tak ada perubahan langsung. Saturday, June 17, 2006
Dealova-Once
-Dealova- Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu, Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu Karena langkah merapuh tanpa dirimu Oh kerana hati telah letih...
Ryana: Romantisnya baris2 lirik ini. Dan saat ini juga terasa diri ini ingin dicintai... Thursday, November 17, 2005
Untuk Renungan...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" Tuesday, July 19, 2005
Buat Wanita...
Allah berfirman:
Ryana: Petikan dari emel seorang teman! Monday, March 28, 2005
18 Mei 1981... Pada tarikh ini aku dilahirkan kedunia pada pukul 4.30 petang. Tarikhnya 18 Mei 1981 bersamaan dengan 15 Rejab 14??. Mak cerita, waktu tu aku dilahirkan di rumah. Hari tu kebetulan Hari Wesak. Orang yang menyambut aku ke dunia ialah Wa aku. Kakak Abah aku. Masa melahirkan aku tu, mak ada komplikasi sikit. Banyak darah yang keluar. Kiranya macam tumpah darahlah. Selesai melahirkan, mak dikejarkan ke hospital kerana uri tersangkut. Maklumlah dah hampir 7 tahun berselang jarak dengan abang aku yang ke tiga. Dua tiga hari juga mak di hospital. Darah tak mencukupi. Masa lahir tu, Atam (Abang aku yang ke 2) cakap aku macam cicak kubing. Sebab kurus dan kecik sangat. Orang utara kalau cakap kurus, mesti macam cicak kubing. Tak taulah kenapa. Aku sendiri pun tak pernah tengok cicak kubing tu camne! Itu cerita Atam aku... Nama aku diberi oleh Mak Cik Ida aku, adik kepada mak. Itulah nak dijadikan ceritanya. Saturday, March 19, 2005
Sepanjang Jalan Kenangan... ![]() Sepanjang jalan kenangan ini, akan kubawakan satu kenangan yang indah sejak diriku masih kecil sehinggalah besar. Semua kenangan-kenangan yang indah bersama teman-teman sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah especially yang tinggal di asrama, matriks dan juga di Universiti. Semua kenangan pahit manis akan ku paparkan sebagai satu kenangan yang tak dapat aku lupakan sepanjang hidup! Kamu, kamu dan kamu amat beerti buatku! Bukan sekadar teman, malah kaum keluarga turut memberikan impak besar dalam hidupku! Tanpa kamu aku tidak menjadi aku hari ini!
|
Norhazriana Abdullah @Ryana
Karya Pertama Ryana Hadirnya cinta… ![]() Teringat kembali Teman-teman lama dahulu Yang telah sama mengharungi Pahit dan manis dirasa Sehati sejiwa Takmungkinku lupakan segala Saat suka dan duka #Susah dan senang kita bersama Rentasi rintangan yang ada Tiada sempadan yang memisahkan Kasih sesama kita Walau badai tiba Seribu Impian Telahpun kita bina Demi masa depan Tenggelam jauh dalam khayalan Dibuai alam mimpi Kenangan lalu menjelma Teringat kembali Di ketika bergurau-senda Mesranya kita bersama Ulang# Seribu Impian Indah menghias jiwa Bagaikan permata Setinggi langit biru mimpi kita Abadi selamanya ::@CESB ::@Alaf21:: ::@Maybank2u:: @Tokeikedai:: @Jiwang:: @Friendster::@eKawan::@ Hazryana'z Fotopages::@Utusan::@Bharian::@Freepatterns::@Era.fm::@Hot.fm:: online Free Hit Counter ![]()
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||