Entry: 18 Mei 1981... Monday, March 28, 2005




Pada tarikh ini aku dilahirkan kedunia pada pukul 4.30 petang. Tarikhnya 18 Mei 1981 bersamaan dengan 15 Rejab 14??. Mak cerita, waktu tu aku dilahirkan di rumah. Hari tu kebetulan Hari Wesak. Orang yang menyambut aku ke dunia ialah Wa aku. Kakak Abah aku.
Masa melahirkan aku tu, mak ada komplikasi sikit. Banyak darah yang keluar. Kiranya macam tumpah darahlah. Selesai melahirkan, mak dikejarkan ke hospital kerana uri tersangkut. Maklumlah dah hampir 7 tahun berselang jarak dengan abang aku yang ke tiga.
Dua tiga hari juga mak di hospital. Darah tak mencukupi.
Masa lahir tu, Atam (Abang aku yang ke 2) cakap aku macam cicak kubing. Sebab kurus dan kecik sangat. Orang utara kalau cakap kurus, mesti macam cicak kubing. Tak taulah kenapa. Aku sendiri pun tak pernah tengok cicak kubing tu camne! Itu cerita Atam aku...
Nama aku diberi oleh Mak Cik Ida aku, adik kepada mak. Itulah nak dijadikan ceritanya.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments